Siakap Keli
Kredit Foto: dailymail, thesun,youtube

(Video) Budak Trauma Kena ‘Prank’ Melampau, Telur Dipecah Dikepala & Kek Harijadinya Dirosakkan

Sambutan hari lahir adalah sesuatu yang sangat mengembirakan hati setiap kanak-kanak yang akan meraikannya.

Namun berbeza dengan apa yang telah berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki yang telah dihujani dengan telur ketika sambutan hari lahirnya bersama ahli keluarga yang lain.

Malah bukan itu sahaja, kek hari lahirnya juga dirosakkan ketika prank tersebut dilakukan.

Dia kelihatan gembira pada majlis sambutan hari lahirnya sambil memegang pisau untuk memotong kek tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=CbKodFAj75w

Dia seolah-olah tidak sabar untuk memotong kek tersebut sambil tersenyum riang menunggu nyanyian lagu hari lahir selesai dinyanyikan.

Namun, dia seakan-akan terkejut apabila dihujani dengan telur di kepalanya ketika ingin memotong kek tersebut.

Lebih mengejutkan apabila seorang lelaki yang telah mencurahkan semangkuk telur di atas kepala kanak-kanak tersebut.

Namun begitu, kanak-kanak tersebut kelihatan masih berusaha untuk memotong kek hari jadinya itu.

Setelah itu, ahli keluarganya juga turut merosakkan kek hari jadinya dengan mencalitkan kek tersebut ke mukanya.

Kek hari lahirnya yang telah hancur (Kredit Foto: thesun)

Kanak-kanak tersebut kelihatan menggeleng-gelengkan kepalanya supaya tindakan tersebut dihentikan, namun ahli keluarganya tetap meneruskan perbuatan tersebut.

Kanak-kanak tersebut kelihatan sangat sedih terhadap perkara yang telah berlaku itu.

Tindakan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan ke atas seorang kanak-kanak kerana ianya boleh menyebabkan mereka trauma dan berasa rendah diri dengan kejadian seperti ini.

Sumber: The Sun, Drive Focus

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.