Siakap Keli
Kredit: Twitter/Kompas

(Video) Nenek ‘Bongkok’ 110 Tahun Bertongkat Cari Rezeki, Tangan Terketar-Ketar Jual Kerepek

Tak semua orang mempunyai masa tua yang indah. Di saat warga emas lain mempunyai keluarga dan dipelihara anak-anak penuh kasih sayang, mbah Ngatiyem masih lagi berniaga untuk menyara hidupnya.

Pada usia 110 tahun, nenek ini masih menggagahkan diri bertongkat untuk berjalan terbongkok-bongkok menjual kerepeknya di sebuah lokasi di Jogjakarta.

Video nenek ini dikongsikan oleh Budak Baonk tular di laman Twitter dengan lebih 13 ribu tanda suka dan 17 ribu ulang kicau.

Naik beca

Menurut Kompas, warga emas itu tidak mempunyai keturunan dan tinggal bersendirian selepas kematian suaminya.

Warga emas berkenaan dikatakan sudah meniaga kerepek sejak berusia 11 tahun lagi. Dia membeli kerepek berkenaan pada harga Rp 8,000 (kira-kira RM 2.37) dan dijual pada harga Rp 10,000 bersamaan lebih kurang RM 2.96.

Keuntungan yang diperoleh didakwa semata-mata untuk menampung kos perjalanannya yang menggunakan beca untuk ke lokasi berkenaan.

Sumber: Budak Baonk, Kompas

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.