Siakap Keli
Kredit Foto: twitter

(Video) Selepas Hong Kong, Jepun Pula Turut Bersolidariti Kecam Penindasan Uighur

Kini tular isu mengenai penindasan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, China telah membuka mata masyarakat mengenai penderitaan yang dihadapi masyarakat tersebut.

Isu ini yang disuarakan oleh beberapa selebriti terkenal telah membuka mata ramai orang terhadap penindasan yang telah dilakukan terhadap etnik Uighur.

Kini beberapa buah negara telah tampil memberikan sokongan dengan melakukan perhimpunan membantah penindasan yang telah dilakukan. Antara negara yang telah tambil bersuara mengenai perkara ini ialah Turki, Hong Kong dan juga Indonesia.

Kini, negara Jepun juga telah mengadakan satu perhimpunan bagi menentang kekejaman yang dilakukan oleh komunis China terhadap etnik Uighur.

 

Penentangan yang dilakukan oleh beberapa negara seperti ini sesungguhnya mampu memberikan tamparan hebat kepada komunis China yang telah melakukan penindasan terhadap etnik Uighur yang telah diseksa walaupun tinggal di negara sendiri.

Pujian harus diberikan kepada negara-negara yang berani bersuara terhadap kekejaman yang dilakukan keatas etnik Uighur. Etnik ini telah menderita kerana diseksa biarpun tinggal di negara sendiri.

Sumber: twitter

Siti Natrah Jusof