Siakap Keli

(Video) Wartawan Indonesia Hilang Sebelah Mata, Didakwa Ditembak Polis Ketika Protes Di Hong Kong

Wartawan Indonesia, Veby Mega Indah, yang terkena tembakan peluru getah dilepaskan pasukan keselamatan dalam protes berterusan di Hong Kong mungkin hilang penglihatan pada sebelah matanya akibat kecederaan itu, menurut kenyataan peguamnya.

Peguam Veby, Michael Vidler dalam satu kenyataan kelmarin berkata, doktor yang merawat wartawan berkenaan memaklumkannya, kecederaan itu mungkin

Seorang wartawan dari Indonesia Veby Mega Indah hilang penglihatan akibat terkena tembakan peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan dalam protes di Hong Kong.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter ajplus, Veby menceritakan detik kejadian itu terjadi dan keadaan beliau selepas kejadian itu berlaku.

“Saya berfikir ini mungkin pengakhiran bagi saya. Saya mendengar rakan sekerja menjerit memanggil bantuan kecemasan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak dapat merasakan mukanya namun hanya merasa sakit dibahagian mata.

Veby turut disahkan menghidap Post Traumatic Stress Diorder (PTSD). Penyakit ini adalah penyakit ‘anxiety’.

Ekoran dari kejadian itu, Veby mempunyai simpton cepat takut dan terkeut kerana trauma akan kejadian yang menimpanya.

Oleh kerana hal itu juga, Veby tidak dapat lagi kembali bekerja seperti biasa.

Ramai juga wartawan turut menjadi mangsa gas pemedih mata, semburan lada, projektil yang dilemparkan kedua-dua pihak termasuk dihina serta penderaan lisan.

Sumber : ajplus

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)