Siakap Keli
Gambar: AFP

(Video)Diasak Bertalu-Talu & Diminta Berterus Terang Tentang Penindasan Uighur, Ini Jawapan Wakil NGO China

Tweet yang dimuat naik oleh pemain bintang Arsenal iaitu Mesut Ozil mengenai penindasan yang berlaku ke atas etnik Uighur di China dilihat telah berjaya membuka mata dunia sehinggakan banyak negara-negara dilaporkan mengadakan protes akan isu kemanusiaan itu.

Ianya sedikit sebanyak telah memberikan tamparan yang hebat buat kerajaan China. Dalam satu video temu bual yang disiarkan di Al Jazeera, Victor Gao yang juga merupakan Naib Presiden Center for China and Globalization, sebuah badan bukan kerajaan, telah menyatakan sokongannya ke atas langkah kerajaan China dalam memerangi keganasan.

Seperti yang dilaporkan, cara yang diguna pakai oleh kerajaan China dipercayai untuk memerangi keganasan seperti yang dilaksanakan pada etnik Uighur di wilayah Xinjiang dikatakan agak kejam. Pelbagai siksaan serta pencabulan hak asasi manusia didakwa berlaku dan tersebar di media sosial.

Sungguh pun begitu, kerajaan China tetap menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Video temu ramah yang berdurasi selama 2 minit 36 ini pada asalnya dipercayai untuk mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan-dakwaan tersebut.

Antara persoalan yang dilontarkan oleh pengacara, Mehdi Hasan dalam temu ramah tersebut adalah “Berapa lamakah kerajaan China mahu berpura-pura bahawa tidak ada penindasan yang berlaku ke atas etnik Uighur di negara itu?”.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti video temu ramah ini di bawah:

Sumber: Talk to East Turkestan

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.