Hari ini sahaja (25 Disember 2019), 4 gempa bumi telah direkodkan oleh Jabatan Geologikal Amerika Syarikat. Kesemua gempa bumi tersebut direkodkan dengan kekuatan gempa lebih 5.0 skala richter untuk setiap satu kawasan.
Adakah bumi ini semakin tua dan sudah hampir tiba masa untuk usia bumi ini sampai ke penghujungnya? Berdasarkan penulisan Jabatan Mufti Melaka, terdapat 10 tanda-tanda kecil kiamat yang penulis percaya kebanyakan tanda-tanda tersebut sudah terjadi di dunia ini.
- Urusan agama ditadbir oleh orang bukan ahlinya
- Wanita menerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita
- Amalan riba’ berleluasa
- Maksiat berleluasa
- Banyak berlaku peperangan, pembunuhan dan fitnah
- Banyak berlaku bencana alam
- Wanita lebih ramai dari lelaki
- Ramai wanita mendedahkan aurat
- Anak derhaka pada ibunya
- Manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi
Gemba bumi tergolong dalam bencana alam dan Mufti Melaka menyenaraikan point tersebut pada point no.6. Maka jelaslah disini satu daripada 10 tanda tersebut sudah kerap terjadi. Banyak lagi bencana alam yang telah berlaku seperti ribut taufan, tsunami, tanah runtuh, banjir besar dan kemarau.
Adakah kita sudah bersedia?
Sumber: Mufti Melaka, Earthquake Alert