Siakap Keli
Kredit Foto: theasianparent

Betul Ke Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik? Ketahui Apa Fungsi Putih-Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

Buat golongan wanita yang pertama kali menjadi ibu pasti tertanya-tanya lapisan putih yang ada pada tubuh bayi setelah dilahirkan. Jangan risau kerana ianya adalah sesuatu yang mempunyai manfaatnya tersendiri kepada bayi anda.

Menurut perkongsian daripada @muhammadeizat di laman twitternya mengenai kepentingan vernix kepada bayi yang ramai tak tahu.

Vernix caseosa merupakan sesuatu yang bewarna putih dilihat seperti keju yang berfungsi sebagai pelindung pada kulit bayi anda. Vernix caseosa ini telah wujud sejak bayi dalam kandungan lagi.

Ia juga dapat melindungi kulit bayi anda daripada sebarang jangkitan semasa bayi berada dalam kandungan rahim lagi.

Selain itu, vernix caseosa juga berfungsi untuk melembutkan kulit bayi selepas dilahirkan.

https://platform.twitter.com/widgets.js

 

https://platform.twitter.com/widgets.js

Jika anda mendapati jumlah vernix caseosa pada kulit bayi anda berkurangan daripada bayi-bayi yang lain adalah kerana bayi tersebut dilahirkan pada waktu yang sesuai atau telah cukup usia kandungannya.

Bayi pramatang bercenderung untuk memiliki lebih banyak jumlah vernix caseosa pada kulit bayi ketika dilahirkan ketika belum cukup usia kandungannya.

Sumber: @muhammadeizat, healthline

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.