KUALA LUMPUR, 25 Dis – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Vancouver di Kanada pada 11.36 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 510 kilometer (km) barat dari Vancouver, pada kedalaman 10km.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan.
Sumber: Bernama