Siakap Keli
Kredit Foto: skynews

Karya Seni Tertua Di Dunia Dijumpai Di Dinding Gua Sulawesi

Satu karya seni telah dijumpai di dinding sebuah gua di Sulawesi, Indonesia di mana karya tersebut dipercayai berusia 44000 tahun yang mungkin menjadi lukisan karya seni yang tertua di dunia.

Hasil karya seni tersebut memaparkan imej seperti kerbau yang diburu oleh manusia dengan menggunakan tombak dan tali.

Sesetengah penyelidik berpendapat adegan memburu tersebut merupakan penceritaan bergambar tertua dan merupakan karya seni terawal di dunia.

Penemuan ini dibentangkan dalam jurnal Nature oleh arkeologi dari Griffith University di Brisbane, Australia.

Karya seni tersebut yang dianggarkan hampir lima meter lebar itu memaparkan ciri-ciri haiwan liar yang diburu oleh pemburu yang terdapat di Sulawesi.

“Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini,” kata Adam Brumm, ahli arkeologi dari Griffith University di Brisbane, Australia, yang merupakan sebahagian daripada pasukan penyelidik.

“Maksud saya, kita telah melihat beratus-ratus karya seni batu di rantau ini, tetapi kita tidak pernah melihat sesuatu seperti adegan memburu ini,” katanya lagi.

Sumber: BBC, Independent

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.