Siakap Keli
Foto: Fcebook Haslinda

“Naik Train Je..,” Bawa Bajet RM800 Je, Dapat Jalan-Jalan Dari Padang Besar Ke Hat Yai, Bangkok Hingga Kanchanaburi

Melancong atau ‘makan angin’ menjadi terapi diri untuk sebahagian ramai daripada kita. Siapa saja yang tidak suka merehatkan diri denan menikmati percutian. Jauh dari tekanan kerja dan dapat menenangkan diri.

Setiap orang inginkan pengalaman bercuti di luar negara namun memikirkan perbelanjaan yang perlu digunakan terlalu tinggi maka ‘hajat’ tersebut tergendala. Namun, korang tak perlu lagi risau dan perlu membuang jauh tanggapan tersebut apa bila korang boleh bercuti dengan harga RM800 dalam masa 5 hari 4 malam. Berbaloi!

Mari ikuti perkongsian yang dibuat pengguna Facebook, Haslinda Dawi ini percutiannya ke beberapa buah negeri di Thailand baru-baru ini. Paling menariknya, mereka hanya menggunakan kereta api dari Malaysia terus ke Bangkok, Thailand.

Naik kereta api dari Alor Setar hingga ke Hatyai dan seterusnya ke Bangkok.

Alor Setar – Padang Besar – Hatyai – Bangkok – Lopburi – Bangkok – Kanchanaburi – Nakhon Phatom – Surat Thani – Hatyai – Padang Besar – Alor Setar

Menurut wanita ini dalam perkongsiannya, mereka menghabiskan RM 800 ringgit sahaja sepanjang 5 hari berapa di negara tersebut.

Ini itinerari sepanjang 5 hari 4 malam …

Day 1 (19 Dis 2019)

1.38 pm : Anak Bukit – Padang Besar RM4.20/pax
2.16 pm : Tiba di Padang Besar
Cadang nak naik 🚂 lama, tp rushing
train ke HY Jn to Bangkok jam 4.27pm)
Jalan kaki ke Imigration Malaysia 🇲🇾
2.45 pm : Naik 🛵 dari Imig 🇲🇾 to Imig 🇹🇭
2.49 pm : Beratur cop di Immig 🇹🇭 moto td masih
tunggu utk hantar ke Station Van utk ke
Haytai RM7
Isi borang immig 🇹🇭 RM2/pax
3.30 pm : Van ke Hatyai THB50/pax
3.10 pm : masa 🇹🇭 lewat sejam dr 🇲🇾 tiba di
Stasyen bas Hatyai
3.15 pm : Naik 🛺 ke Hatyai Junction Train 🚂
THB40/pax
4.26 pm : Train 🚂 to Bangkok THB705/pax 2nd class (siap makan malam + supper + selimut + aircond)
https://www.thairailwayticket.com

Day 2 (20 Dis 2019)

8.15 am : Tiba di Hua Lamphong State Thailand
Railway Station
9.00 am : Naik van Bang Rak THB90/3pax
9.15 am : Ronda Tempat2 menarik sekitar town naik
bot THB1800/3pax (perkara ni yg
menghantui sepanjang trip 😆)
11.00 am : Naik 🛺 THB60/3pax ke station train
terdekat – Station Sukhumvit
11.20 am : 🚂 to Hua Lamphong THB69/3pax
12.55 pm : 🚂 to Lopburi THB84/3pax +-4hrs
3.30 pm : Tiba di Lopburi
4.00 pm : 🛺 ke Hotel Hop Inn THB24/3pax
5.00 pm : Check in Hotel Hop Inn THB750/pax

Day 3 (21 Dis 2019)

8.00 am : Checkout – lewat sgt dah ni 😅
8.05 am : 🛺 THB8/pax ke Phra Prang Sam Yot
enterance THB50/pax
8.45 am : 🛺 ke Saraburi THB20/pax
9.30 am : Masuk ke Ladang Bunga 🌼🌼🌼 THB20
10.00 am : Naik motosikal THB30/pax ke Ladang
Bunga 🌻🌻🌻 sbb 2km masuk ke
kawasan pendalaman. Free enterance
11.30 am : Balik ke main road. Free sebab tumpang
orang..Thai Army tolong tahan kereta orang
awam 😅
11.42 am : 🛺 ke Railway Station Lopburi
THB20/pax
12.20 am : 🚂 ke Bangkok THB50/pax +-4hrs
2.15 pm : Tiba di Hua Lamphong State Thailand
Railway Station
2.45 pm : Ke Hard Rock Cafe by THB100/3pax
5.00 pm : Bertolak ke Kanchaburi by private car
Toyota Fortuner THB2000/3pax +-2hrs
8.30 pm : Checkin Hotel Kanokan Palace THB1700

Day 4 (22 Dis 2019)

8.00 am : Book 🛵 THB700/2unit (Depo THB2000/2unit)
9.20 am : Isi minyak THB190/2unit 🛵. Bertolak ke
Erawan National Park +- 75km 2jam
11.00 am : Tiket masuk ke Erawan National Park
Adult THB300/pax Moto🛵 THB20/pax
12.30 pm : Balik ke Kanchanaburi
2.15 pm: Tapaw bekal di 7/11
2.48 pm : 🚂 ke Nakhon Pathom THB100/pax 2hrs
6.00 pm : Tiba di Nakhon Pathom
🚂 to Suratthani THB248/pax 10hrs

Day 5 (23 Dis 2019)

5.00 am : Tiba di Suratthani
6.20 am : 🚂 to Hatyai THB55/pax 8hrs
2.30 pm : Tiba di Hatyai
3.30 pm: 🛺 to Bus Station THB40/pax
3.45 pm : 🚐 to Padang Besar THB50/pax
4.00 pm : Immig 🇹🇭🇲🇾 grab ke Station 🚂 RM5
5.25 pm : Train to Anak Bukit Alor Setar RM4.20
(Waktu 🇲🇾)
7.00 pm : Anak Bukit

Note

  • Simkad unlimited call/data THB250/3pax
  • Kalau lapar cari ja 7/11 sebab situ yang boleh jumpa makanan halal walaupun anda dimana
  • Train dr Kanchanaburi – Nakhon Pathom 2x sehari 7 pagi dan 2 petang
  • Please buat itinerari dengan anggaran waktu deley train +-1hrs
  • Jangan bagi driver, tuttut, taxi buat keputusan untuk kita, nanti kena paww
  • Budget boleh lebih murah jika – no boat – no private car – no luxury hotel at kanchanaburi jimat lagi +-RM150
  • Kebanyakkan orang awam sanggup berlari, ke hulu kehilir cuba menjawab apa yang ditanya kita 👍
  • Belajar solat duduk. senang nanti nak apply dalam train

 

Sumber: Haslinda Dewi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.