Siakap Keli
Kredit: Hidayat80

Telefon Tengah On Buka ”Maps”, Abang Foodpanda Tunggu ”Order” Terlena Hampir Jatuh Kerusi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu di mana ramai pekerja terpaksa diberhentikan, tidak sedikit bilangan individu yang mengambil keputusan untuk melakukan dua tiga pekerjaan pada satu masa.

Siang bekerja pejabat, malam pula buat kerja bebas seperti menjadi penghantar makanan atau pemandu e-hailing.

Membayangkan penatnya bekerja, tak peliklah apabila ada yang terpaksa berhenti di mana-mana untuk melelapkan mata. Ia mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi sebahagian mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Hidayat80 berkongsi kisahnya bertemu seorang rider Food Panda yang terlelap di sebuah kedai makan.

Aku lepak dengan adik ipar aku di kedai makan kemudian isteri dia (biras) tegur ada mamat dah nak jatuh sebab terlentuk lena bersandar kerusi.

Aku bangun tolong betulkan kepala dia untuk dia sambung lena berteleku di meja.

Masa betulkan tu, aku perasan telefon dia masih on maps dan uniform dia Foodpanda.

Kegigihan lelaki berkenaan telah menyentuh hati netizen yang kagum dan mendoakan beliau.

Semoga murah rezeki dan dilindungi dari kecelakaan

Ada yang buat dua kerja, petir sabung menyabung pun sanggup redah

Sedih, tapi ada juga yang tuduh kita pemalas

Sumber: Hidayat80

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.