Siakap Keli
Kredit: Google

Tahi Lalat Dalam Mata Ini Biasa, Tapi Boleh Jadi Bahaya Bila Ada 4 Tanda Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti anda pernah lihat seseorang mempunyai tahi lalat di dalam mata ataupun anda sendiri mempunyai tompokan coklat berkenaan.

Tahi lalat merupakan sel yang mempunyai pigmen melanosit yang membahagi dengan aktif di sesuatu kawasan kulit termasuk mata. Disebabkan itulah, kawasan itu lebih gelap warnanya. Bak kata Dr Lael Salim, “Lalat hanyalah mangsa fitnah dalam kes ini.”

Menurut Pakar Mata berkenaan, tahi lalat dalam mata mungkin mempunyai bahaya tersendiri jika ada 4 ciri berikut iaitu;

1. Saiz besar daripada biasa

2. Ada gelembung air (cystic)

Gelembung ini mungkin akan muncul kembali jika tidak dibuang dengan sempurna.

Kredit: Eye Rounds Org.

3. Ada salur darah ke arah tahi lalat itu

4. Warna bercampur aduk

Walaubagaimanapun menurut Dr Lael, kanser conjunctival melanoma ini jarang berlaku. Katanya, kebanyakan orang yang mempunyai tahi lalat itu adalah hanya conjunctival naevi.

Monitor perubahan dan saiz tahi lalat

Doktor akan buat biopsi

Sumber: Dr Lael Salim, CMEJ

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.