Siakap Keli
Kredit Foto: makassarterkini

Viral Sepanduk ‘Larangan Bersholawat’ Bikin Kecoh, Rupanya Ini Maksud Sebenar Yang Tak Disangka-Sangka

Tular satu posting yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna twitter mengenai sepanduk yang memaparkan tulisan ‘Larangan Bersholawat’ telah mengelirukan orang ramai mengenai perkara berkenaan.

Ianya merupakan satu perkara yang telah lama berlaku, namun telah menjadi perbualan netizen semula setelah dimuatnaik kembali di laman twitter.

Kredit Foto: makassarterkini

Ianya pernah dimuat naik oleh seorang ustaz Yusuf Mansur pada Disember 2017 yaang lalu di laman instagramnya dengan menulis ” Hahahaha. Paham ga? Paham lah ya? Salam buat kwn2 sekota Larangan”.

Merujuk kepada laporan Pengendalian Aplikasi Informatika Kementerian Informasi dan Informatika, perkataan “larangan” dalam sepanduk tersebut bukannya melarang tetapi ianya merupakan nama sebuah daerah yang terletak di daerah Tangerang, Banten.

Perkataan ‘Larangan Bersholawat’ yang tertera di sepanduk tersebut yang diletakkan nama tempat di bahagian hadapan dan mengajak orang ramai di Kota Tangerang untuk menyertai majlis yang tersebut.

Larangan merupakan sebuah nama daerah di kota Tangerang, Banten, Indonesia. Daerah Larangan terletak di sebelah tenggara Kota Tangerang yang bersebelahan Jakarta Selatan dan Kota Tangerang Selatan.

Sumber: makassar.terkini, hoax.id

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.