Seorang wanita berdepan dengan hukuman penjara selama 300 tahun selepas mengaku bersalah atas perbuatan tidak bermoral terhadap kanak-kanak perempuan.
Wanita yang berusia 42 tahun tidak henti-henti mengulangi ayat ‘Saya bersalah’ apabila kes dibacakan. Tujuh pertuduhan dibacakan termasuklah serangan seksual, penderaan seksual pada Isnin lalu.
Dalam perbicaraan itu, wanita ini dilihat menangis ketika dia mengaku kesemua kesalahan jenaya kejamnya yang bakal membuatkan dia meringkuk ke dalam penjara seumur hidup.
Wanita ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama tiga abad bermula pada 28 Februari nanti.
Pejabat Sheriff Mercer County mula menyiasat wanita ini sejak bulan April lalu sleepas mendapati video pedofilnya terhadap seorang kanak-kanak perempuan mula tersebar.
Wanita ini bertindak memuatnaik video yang diambilnya ke dalam Facebook. Bagaimanapun, tindakan tersebut berjaya dihidu oleh anak lelakinya setelah mendapati tatu bertanda ‘smiley’ yang ditunjukkan dalam video tersebut milik ibunya.
Menurut anaknya, dia berasa curiga selepas mendapati tab bilik mani di rumahnya mempunyai retakan dan sangat berbeza daripada bentuk asal.
Kini, wanita ini dipenjara di Daerah Selatan sebagai ganti 100,000 dolat bon sehingga hukumannya yang akan datang.
Sumber: Metro.co.uk