Tahun 2020 sudah menjelang! Mari kita bersama-sama menutup tirai 2019 dan menyambut ketibaan tahun baru di lokasi yang ideal sambil menikmati dengan rileks dan gembira.
Sunway Resort Hotel & Spa menawarkan pakej paling berbaloi dan menarik untuk menyambut ambang Tahun Baru dengan kawan atau keluarga kesayangan anda untuk satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
1) Dimana untuk makan malam sempena sambutan menjelang tahun baru?
The Resort Café, Sunway Resort Hotel & Spa tampil dengan bufet jamuan masakan yang lazat, pilihan tempatan dan antarabangsa yang pelbagai dengan harga yang berpatutan. Terdapat 3 pilihan bufet untuk anda dan keluarga:
Untuk makan malam pada 31 Disember 2019, anda boleh memilih Bufet Malam Tahun Baru yang bermula dari jam 6.30pm ke 10.30pm. Harganya hanyalah MYR158 nett untuk orang dewasa dan MYR68 nett bagi kanak-kanak.
Yang ingin ‘countdown’ sambil makan, pilihlah Bufet Supper Countdown bermula dari jam 11pm hingga 1am, hanya MYR78 nett untuk orang dewasa dan MYR58 nett bagi kanak-kanak
Jika makan malam tidak mencukupi atau anda lebih suka makan di siang hari, nikmati Bufet Hi-Tea Tahun Baru pada 1 Januari 2020 dari jam 12.30pm ke 3.30pm. Harga hanyalah MYR98 nett untuk orang dewasa dan MYR68 nett bagi kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut, sila klik sini:
https://www.sunwayhotels.com/sunwayresorthotelspa/offers/dine/new-year-2020-countdown/
2) Pakej Percutian Akhir Tahun, Jimat dan Berbaloi-baloi, 3 Hari 2 Malam hanya pada MYR1,018 Nett?!
Sepanjang tahun kita bekerja keras, sudah tiba masanya untuk menjauhkan diri dari hal kerja dan mengambil cuti. Manjakan diri anda dengan pakej penginapan di bilik-bilk yang cun seperti ini, anda juga jimat sebanyak MYR110/malam berbanding dengan harga biasa.
Sah untuk penginapan antara 1 November 2019 hingga 31 Januari 2020, tawaran ini termasuk sarapan pagi dan tiket masuk Taman Tema Sunway Lagoon untuk dua orang (sekali kemasukan sahaja).
Paling best, anda mempunyai pilihan antara Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel.
Untuk maklumat lanjut, sila klik sini:
https://www.sunwayhotels.com/sunwayresorthotelspa/offers/stay/3d2n-year-end-package/
3) Nikmati percikan bunga api wang berwarna-warni dengan selesa di bilik anda!
Bunga api petanda bergantinya tahun dan menghiasi malam pergantian tahun dengan penuh kemeriahan. Jom countdown ambang tahun baru dengan pakej NYE 2020 untuk 2 Hari 1 Malam di bilik ‘Fireworks View’. Lari dari suasana sambutan biasa dan kesesakan orang ramai, enjoy ‘happening’ dalam keselesaan bilik.
Hanya pada harga promosi MYR 868 nett, pakej ini termasuk Sarapan dan Bufet Supper Countdown (Jam 11pm – 1am) di The Resort Café untuk 2 dewasa. Pakej ini terhad, prabayar dan sah pada 31 December 2019 sahaja!
Untuk maklumat lanjut, sila klik sini:
https://www.sunwayhotels.com/sunwayresorthotelspa/offers/stay/nye-2020-fireworks-view-stay-package/
4) Anda Ingin Menyambut Beramai-ramai? Sambut Ambang Tahun Baru 2020 Dengan Konsert Countdown!
Seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan tahun baru di Sunway City tidak pernah mengecewakan. Jangan terlepas peluang menyaksikan pelbagai persembahan menarik dan aktiviti menjelang detik 12 malam yang ditunggu-tunggu.
Antara artis dan selebriti yang akan memeriahkan suasana termasuk Alvin Chong, DeFam, Karen Kong, Midnight Fusic, Kingsman and Colour of Voices!
Klik sini untuk maklumat lanjut: https://www.sunway.city/amazing2019/#nye-02
Tidak dilupakan pertunjukan bunga api detik 12 tengah malam.Pengunjung pasti akan terpesona dengan keindahan bunga api di sekeliling resort dalam air ini.
Ingat hadir tau! Selamat Tahun Baru 2020!!