Kecoh di Twitter dengan perkongsian seorang indvidu yang berkongsi gambar cetakan bil air dipercayai dibawah sebuah jabatan pengurusan air dengan jumlah baki belasan ribu ringgit.
Individu itu memuat naik gambar bil tersebut dengan kapsyen, “Tolong RT untuk rezeki saya dengan family saya. 1 ringgit pun cukup.”
Posting tersebut telah menarik perhatian ramai warga online yang rata-rata mempersoalkan jumlah tersebut.
Bil air tersebut menunjukkan jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM13,908.45.
Sumber: Twitter