Siakap Keli

Disyaki Terkena Jangkitan Kuman, Kepala Anak Tak Berhenti Keluar Darah Sampai Kena Tolak Ke NICU

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang bayi dikejarkan ke bahagian kecemasan dan trauma selepas tiga hari dilahirkan selepas berlaku pendarahan teruk di bahagian kepala.

Doktor yang mengendalikan kes ini, doktor Faruq Zulkafli telah memuat naik satu kiriman yang menceritakan tentang detik cemas beliau merawat pesakit itu.

Pendarahan di bahagian kepala

Dalam menceritakan detik-detik cemas tersebut, Dr Faruq Zulkafli ada menyatakan bahawa mereka baru sahaja keluar dari wad sehari sebelum kejadian. Kondisi bayi pada waktu itu adalah dalam keadaan baik. Apabila ditanya sama ada bayi terjatuh atau terhantuk, si ibu menafikan perkara tersebut.

Selepas Selesai pemeriksaan, bayi didapati sangat pucat, lesu serta tidak aktif dan pendarahan di bahaguan belakang kepala berlaku.

Menyusu lebih kurang 3 minit kemudian tidur

Kali terakhir bayi menyusu sebelum dikejarkan ke hospital adalah pada jam 9 pagi. Bayi tersebut dikatakan menyusu lebih kurang selama 3 minit kemudiannya terus tidur.

Tambah si ibu lagi, sebelum ini bayi menyusu lebih kurang 3 hingga 4 jam sekali dalam lebih kurang 5 hingga 6 minit sahaja.

Pendarahan di kepala dikatakan sudah beraku dalam jam 10 pagi tetapi si ibu bertindak membawa bayi tersebut ke hospital pada pukul 1 tengahari.

Tanpa melengahkan masa lagi, doktor terus menolak bayi ke red zone untuk menyelamatkan bayi oleh kerana keadaannya yang semakin lemah.

Pendarahan makin teruk

Tolong pastikan bayi kenyang sepenuhnya semasa menyusu

Bayi tersebut terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi (NICU) untuk rawatan lanjut disebab kan keadaanya yang sangat kritikal.

Bayi difahamkan terkena jangkitan kuman namun pendarahan di kepala merupakan perkara yang masih belum dapat dipastikan lagi.

Doktor Faruq bagaimanapun menasihatkan ibu-ibu diluar sana untuk memastikan bayi kenyang sewaktu menyusu. Hal in kerana ingin mengelakkan bayi dari mendapat hypoglycemia (glukosa darah yang rendah) kerana kurangnya susu khasnya bagi ibu-ibu yang mempunyai diabetes ketika hamil.

Menurut doktor itu lagi, hypoglycemia tiada kena mengena dengan kondisi kepala bayi yang berdarah ini. Bayi tersebut mengalami dua masalah yang berbeza.

Sumber : Twitter

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.