Siakap Keli

Gadis Dedah Ramai Pandang Rendah Kononnya Kerja ‘Promoter’ Tak Pandai Inggeris

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita semua sememangnya mempunyai latar belakang yang berbeza namun itu tidak menjadi penghalang untuk kita lebih menghormati dan bersikap sopan santun terhadap orang lain.

Sama juga dengan sikap terhadap pekerja-pekerja di pusat membeli belah atau pelayan restoran yang mencari rezeki halal serta sabar melayan karenah kita semua.

Hal ini dilalui oleh seorang gadis yang berkongsi pengalamannya sebagai ‘promoter’ di sebuah kedai.

Ijwaa menerusi Twitter miliknya berkata, beliau sedar ramai orang yang pandang rendah terhadap ‘promoter’.

Pernah je satu keluarga ni sembang pakai bahasa Inggeris sampai kat saya dia terus tukar bahasa Melayu. Dia ingat Saya tak faham ke.

Menurut Ijwaa, ada juga pelanggan yang mengamuk disebabkan beliau mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat dan dituduh tidak pandai bahasa Inggeris namun katanya jika bahasa Inggerisnya sangat teruk, beliau tidak akan memperolehi ‘band’ 5 dalam peperiksaan Muet.

Kebanyakan netizen kagum dengan Ijwaa dan ada yang bertanya bagaimana nak menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Rupa-rupanya Ijwaa juga mempunyai ijazah dalam bidang linguistik dan bahasa Perancis.

Sumber: Ijwaa

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.