Siakap Keli
Kredit: Awani/Bernama

Dong Jiao Zong Buat Persidangan Bantah Tulisan Jawi, Polis Kajang Keluarkan Senarai Jalan Ditutup Sabtu Ini

Persatuan Lembaga-Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) dilaporkan akan bersidang pada 28 Disember ini bagi membantah pembelajaran pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular. Tindakan ini bakal melibatkan penutupan di beberapa jalan di kawasan terlibat.

Menurut Sinar Harian, bagi menyuarakan bantahan, Dong Jiao Zong mengajak semua pertubuhan Cina untuk berkumpul serta menggesa lembaga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) memulangkan garis panduan pelajaran tulisan jawi kepada Kementerian Pendidikan.

Berikutan persidangan bantah jawi tersebut, beberapa jalan terpaksa ditutup bermula 11 pagi hingga 5 petang pada Sabtu ini (28 Disember) melibatkan jalan berikut;

  1. Lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban/Jalan Bukit
  2. Lampu isyarat Jalan Changkat/Jalan Bukit
  3. Lampu isyarat Jalan Bukit Indah/Jalan Bukit
  4. Jalan Jati/Jalan Bukit
  5. Lebuhraya SILK/Jalan Bukit

Peringkat pertama

Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Bukit Indah/Jalan Bukit dan Jalan Jati/Jalan Bukit akan ditutup dan dipantau oleh anggota Trafik. Pergerakan kenderaan seperti biasa.

Peringkat kedua

Penutupan simpang jalan di para 1 dan para 2 akan ditutup berperingkat-peringkat mengikut keadaan lalu lintas dan di lokasi penganjuran.

Arahan-arahan semasa

  • Sila patuhi arahan semasa daripada pegawai kawalan lalulintas yang mengawal di laluan yang berkenaan ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.
  • Sentiasa kawal kelajuan dan kenderaan masing-masing agar tidak berlaku kemalangan dan lain-lain perkara yang tidak diingini.
  • Elakkan dari menggunakan laluan-laluan yang akan ditutup dan gunakan laluan alternatif lain untuk menjalankan urusan harian.
  • Kerjasama daripada penduduk setempat dan orang ramai amat-amat diperlukan sepanjang penutupan jalan ini.
  • Segala kemusykilan boleh berhubung dengan Bilik Gerakan IPD Kajang di talian 03-89114242.

Sumber: Polis Daerah Kajang, Sinar Harian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.