Media sosial boleh menjadi pelbagai medium sama ada untuk menyebarkan perkara baik atau buruk. Maka pilihlah untuk sebar dan kongsikan perkara baik yang tidak menyakiti orang lain.
Sesetengah individu yang tidak sensitif terkadang berkongsi perkara negatif demi mengejar likes, share dan followers.
Baru-baru ini tular satu kiriman di Twitter yang memperlihatkan seorang gadis memuat naik gambarnya dan menerima mesej daripada seorang gadis.
Dia mendakwa telah melihat kelibat ayahnya bersama perempuan lain di belakang gambar wanita berkenaan.
merry christmas i just ruined a family by posting on instagram pic.twitter.com/bSGzvInkzq
— caitlyn rae😎 (@xc8lyn) December 24, 2019
Kiriman yang mendapat sebanyak 55,000 ribu ulang kicau dan 369,000 ribu tanda suka itu walau bagaimanapun dipercayai palsu.
Gadis yang memuat naik kiriman itu menjelaskan bahawa individu yang menghantar mesej juga hanya bergurau.
lol she dmd me and said she was kidding
— caitlyn rae😎 (@xc8lyn) December 25, 2019
Netizen dilihat sangat kecewa dengan gadis itu yang sebenarnya hanya ingin mengejar likes dan retweet.
Ok, ia nampak sangat palsu pada saya. Lelaki itu tidak seperti seorang bapa sama sekali, nampak sangat muda. Macam mana gadis itu mengenalinya daripada belakang.
Mereka kelihatan seperti lewat 20-an atau awal 30-an. Semua orang fikir ini hanyalah rekaan atau kita akan terus memberikannya retweets.
Jadi, sentiasa ingatkan diri anda untuk tidak memuatnaik sesuatu perkara yang tidak sahih sehingga mencemarkan nama baik orang lain.
Sumber: Twitter