Penyanyi Justin Bieber mengumumkan bakal melancarkan lagu dan album terbaharunya pada awal tahun depan.
Justin juga merancang untuk menerbitkan dokumentari khas dan konsert jelajah yang bakal bermula di Washington, Amerika Syarikat pada Mei 2020.
Dia turut memuat naik di laman Instagramnya memaklumkan tarikh tersebut buat peminatnya.
December 24, December 31, January 3 … #2020
Potongan video dari single terbarunya yang bertajuk “Yummy” juga akan jatuh pada 3 Januari . Pengumuman itu dibuat sebagai tanda hadiah buat peminatnya yang menantikan lagu terbarunya itu.
Sumber: Instagram Justin Bieber, ET