Siakap Keli

Lelaki Ditemui Maut Dipercayai Terkena Renjatan Eletrik Dari Kabel Pengecas Telefonnya

Seorang sami Buddha ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang menggunakan telefon bimbitnya yang sedang dicaskan dengan menggunakan wayar usang.

Phra Rueang Yot, 49, telah ditemui dalam keadaan kejung di rumahnya yang terletak berdekatan dengan sebuah kuil di utara Thailand pada Isnin lalu.

Pihak polis percaya bahawa lelaki itu telah meninggal dunia sekitar tiga hari dan mendakwa bahawa lelaki tersebut sepatutnya perlu menuju ke kampung berdekatan untuk melakukan kerja-kerja mubaligh, namun sebaliknya dia telah didakwa balik kerumahnya dan bermain telefon sambil merokok dan minum kopi.

Menurut Daily Mail, air kopi dan rokok adalah salah satu perkara yang dilarang dalam kepercayaan sami.

Beberapa orang kenalannya di kuil tersebut telah melakukan pencarian bagi mengesan Phra selepas rakan-rakan saminya mendakwa bahawa Phra tidak ikut serta bersama mereka dalam membuat kerja-kerja mubaligh di kampung berdekatan.

Mereka mendakwa bahawa ketika mereka mendekati rumahnya, mereka ada terbau sesuatu yang busuk sebelum menemui mayat Phra di dalam rumah itu dalam keadaan kejung.

Kapten polis, Adisak Boonchaiyo menyatakan bahawa kematian sami tersebut adalah disebabkan renjatan elektrik yang terhasil daripada wayar pengecas telefon sami tersebut.

“Sami tersebut mungkin tertidur semasa menggunakan telefon bimbitnya yang sedang dicaskan itu,” ujarnya.

“Dia kemudiannya mungkin telah terkena renjatan elektrik dan maut di tempat kejadian selama sekitar 3 hari sebelum orang menemui mayatnya,” tambahnya lagi.

Tha Phusena yang merupakan ibu kepada sami tersebut menyatakan bahawa anaknya itu telah menjadi sami selama hampir 4 tahun.

Dia percaya bahawa kematian anaknya itu merupakan satu kemalangan dan meminta supaya pihak polis tidak meneruskan siasatan.

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.