Seorang lelaki warga emas ditahan atas tuduhan merompak sebuah bank di Colorado Springs isnin lalu.
Setelah merompak, suspek dikatakan membuang dan melemparkan kesemua duit ke seluruh tempat dan mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’.
Suspek juga didakwa membawa senjata bersamanya dan mengancam orang-orang di dalam bank tersebut.
Para peniaga mengumpul kesemua wang yang bertaburan tersebut dan mengembalikannya kepada juruwang bank. Suspek dilihat berjalan ke bangunan sebelah yang berdekatan dengan Starbucks.
Suspek ditahan di kedai kopi tersebut dan pihak polis tidak masih ragu-ragu sama ada suspek mempunyai wakil untuk membela dirinya atau tidak.
Sumber: CNN