Siakap Keli
Kredit: Google

Wanita Dilapor Buta Kerana Tengok Gerhana Matahari Secara Terus

Gerhana merupakan fenomena yang jarang berlaku, justeru ramai orang yang tidak mahu terlepas kesempatan untuk menyaksikannya dengan mata sendiri. Namun begitu, perlu diingat bahawa cahaya matahari boleh merosakkan mata dan menyebabkan buta jika dilihat secara terus termasuklah ketika gerhana.

Menurut Public Health Malaysia, seorang wanita menjadi buta akibat melihat matahari ketika gerhana. Biarpun menggunakan cermin mata khas untuk melihat matahari, mata wanita itu telah rosak setelah melihat gerhana hanya dalam tempoh sekejap iaitu kurang dari 30 saat.

“Teruja dengan fenomena gerhana matahari yang jarang berlaku, seorang wanita telah mengguna satu cermin mata yang dipercayai cermin mata khas untuk melihat matahari.

“Dia hanya melihat matahari kurang dari 30 saat dan ia merupakan saat yang telah merubah kehidupannya seumur hidup.

“6 jam kemudian, beliau mendapati terdapat titik hitam di tengah-tengah penglihatannnya. Selepas bangun tidur keesokan harinya, titik hitam semakin jelas dan pandangan mula kabur,” kongsi Public Health.

Gambar gerhana matahari cincin sebentar tadi

“Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mengalami Solar Retinopathy iaitu kerosakan retina akibat radiasi solar matahari.

“Kerosakan itu adalah bersifat kekal dan tidak dapat dipulihkan lagi.”

Disebabkan risiko inilah kita diingatkan agar tidak melihat matahari secara langsung biarpun ketika fenomena gerhana cincin. Hal ini kerana cahaya yang terpancar sudah cukup untuk merosakkan retina mata anda, lantas menyebabkan buta gerhana.

Antara tindakan-tindakan yang perlu dielakan ketika melihat gerhana matahari adalah tidak melihat gerhana secara terus.

Sumber: Public Health

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.