Siakap Keli
Kredit Foto: usahawanasional, sewakantor

SKMM Buat Kajian Melalui Panggilan, Ini Senarai Nombor Telefon Yang Mungkin Menghubungi Anda

Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan kajian soal selidik mengenai penggunaan telefon bimbit dan e-dagang bermula daripada 27 Disember 2019 hingga 31 Mei 2020.

Soal selidik tersebut akan dijalankan melalui telefon dari pusat CATI (Computer-Assisted Telephone Interviewing) SKMM, Cyberjaya.

Menurut perkongsian yang dikongsi di laman facebook SKMM, kajian akan dijalankan dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang kecuali hari-hari kelepasan am negara dan negeri Selangor.

Namun begitu, SKMM turut menyatakan tiada wang yang akan dikutip mahupun sebarang jualan yang akan dilakukan kerana kajian ini dijalankan untuk mengumpulkan data sahaja.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.