Sebagai seorang peniaga, cabaran utama adalah untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli produk terutamanya yang dijual secara atas talian.
Perkara tersebut turut dihadapi oleh seorang gadis melalui akaun twitter @PutriAimie_, di mana dia mengiklankan mengenai perkhidmatan melukis kasut di media sosial berkenaan.
Melalui hantaran yang dibuat, gadis ini menawarkan harga yang murah kerana memerlukan pelanggan dalam masa yang terdekat.
Namun, siapa sangka tuah gadis ini, pelanggan pertamanya adalah seorang Menteri muda yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Aku speechless
Ini yang paling aku bangga hahahahaha https://t.co/GMELHu12rg pic.twitter.com/lcyMxKtdAC
— Putri (@PutriAimie_) December 25, 2019
Rata-rata netizen yang memenuhi ruangan komen turut memuji sokongan Menteri Belia dan Sukan itu kepada golongan muda yang berniaga.
Whatsapp Menteri dah dibalas, kasut dalam proses dibuat
Support Melayu berniaga, Syed Saddiq yang DM dulu
Baik cepat hantar
Sumber : @PutriAimie_