Siakap Keli
Kredit Foto: dailymail

(Video) 2 Dekad Hidup Badan Berlipat, Lelaki Gembira Dapat Nikmat Berdiri Tegak Kali Pertama

Derita seorang lelaki yang mengalami ankylosing spondylitis (AS) hampir dua dekad yang lalu kini dapat berdiri semula setelah menjalani beberapa pembedahan yang berisiko.

Li Hua, 36, seorang lelaki dari wilayah Hunan China digelar ‘lelaki lipat’ kerana tidak dapat berdiri tegak sejak dua dekad yang lalu kini boleh berdiri setelah menjalani beberapa pembedahan.

Dia telah menjalani beberapa pembedahan yang berisiko tinggi berjaya berdiri semula buat pertama kalinya setelah menderita 28 tahun yang lalu.

Kredit Foto: dailymail

Menurut media China, Li Hua didiagnosis mengalami ankylosing spondylitis (AS) sejak tahun 1991 pada usianya 18 tahun.

Ankylosing spondylitis (AS) adalah sejenis penyakit yang menjejaskan tulang belakang dan turut melibatkan sendi-sendi lain. Keradangan sendi tulang belakang (vertebra) ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kronik.

Menurut doktor yang merawatnya, Li Hua mengalami masalah untuk makan dan minum sebelum menjalani pembedahan.

Namun dia mungkin dapat berjalan semula tanpa sebarang bantuan dalam tempoh tiga bulan yang akan datang.

Professor Huiren yang merawat penyakit tersebut menyatakan beliau tidak pernah merawat pesakit kronik seperti Li Hua.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=09wDek_K-SY]

 

Sumber: Daily mail, Nextshark

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.