Siakap Keli

Angin Ribut Capai 200km/h, Taufan Phanfone Badai Filipina, Ragut Hampir 16 Nyawa

Taufan Phanfone yang melanda Filipina pada Hari Krismas di perkampungan kecil dan destinasi pelancongan popular di tengah Filipina telah meragut hampir 16 nyawa dalam kejadian tersebut.

Dengan angin ribut mencapai 200 kilometer (125 batu) sejam telah memuasnahkan kediaman dan menumbangkan tiang elektrik selain menyebabkan rangkaian internet dan telefon terputus dibeberapa kawasan yang terjejas teruk.

Menurut agensi bencana Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh di kampung-kampung dan bandar-bandar di Visayas, ketiga negara Filipina.

Menurut Ketua Polis Bandar Melayu di Wilayah Aklan, Jonathan Pablito, tiada makluman dari pegawai pantai berikutan kapal dibenarkan belayar bermula 24 Disember lalu.

Dilihat lemah berbanding Taufan Haiyan, Phanfone dikatakan mengikut jejak taufan dahsyat yang menyebabkan kematian serta kehilangan lebih 7,300 orang pada tahun 2013.

“Ia (Taufan Phanfone ) seperti adik kepada Haiyan, kurang mendatangkan kemusnahan namun mengikut jejak yang sama,” kata Cindy Ferrer, pegawai maklumat di agensi bencana wilayah Barat Visayas.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)