Siakap Keli
Kredit: ICOM/Google

Bekas Pemain Bass Kumpulan Alleycat, Frank Ong Meninggal Dunia Akibat Kanser

Bekas pemain bass kumpulan Alleycat, Frank Ong atau nama Islamnya Abdul Rashid Ong telah disahkan meninggal dunia semalam.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.35 pagi semalam ketika mendapatkan rawatan bagi kanser tahap empat di Sunway Medical Center.

Arwah disahkan menghidap kanser paru-paru sejak Oktober lalu dan kesihatannya merosot mendadak sejak kebelakangan ini.

Berita pemergiannya itu dikongsikan oleh rakan-rakan artis di media sosial mereka.

With deepest regret, we inform you of the passing of Frank Ong @ Abdul Rashid Ong this morning due to cancer. One of…

Posted by International College of Music ( ICOM ) on Wednesday, 25 December 2019

Salam takziah dari keluarga Karyawan pada keluarga saudara Frank Ong @ Abdul Rashid Ong yang telah kembali ke ramahtullah pada jam 4.35 pagi 26 Disember 2019. Moga Allah memberkati roh Allahyarham. Amin

Posted by Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi on Thursday, 26 December 2019

Allahyarham Abdul Rashid berperanan sebagai pemain gitar bass dalam kumpulan yang diasaskan sejak 1969 itu.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Facebook

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.