Siakap Keli
Foto: BBC Indonesia

Dah 15 Tahun Tragedi Tsunami Berlalu Tapi Ibu, Ayah Masih Yakin Siddiq Yang Hilang Masih Hidup

Walaupun sudah 15 tahun kejadian ngeri Tsunami membadai segenap tempat hingga menjadi ‘padang jarak padang terkukur’ masih menghantui masyarakat Aceh.

Tragedi Tsunami tersebut merupakan yang paling teruk pernah berlaku di Indonesia.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang ibu masih menanti kepulangan putera bongsunya yang dikatakan hilang sejak 15 tahun lalu akibat Tsunami.

Ibu yang berusia 59 tahun ini kehilangan dua orang anaknya dalam tragedi dashyat tersebut. Ibu ini yakin bahawa anak bongsunya, Muhammad Siddiq masih hidup dan masih mencari hingga kini.

Naluri seorang ibu memang kuat mengatakan anaknya masih hidup setelah suaminya bermimpi anaknya kini berada di Jakarta.

Kata wanita ini, mereka sudah mencari di merata tempat sehingga pergi ke yayasan rumah anak yatim di Sumatera Utara tetapi masih belum ketemu.

Usia anak lelaki kini 21 tahun dan suami isteri ini yakin bahawa mimpi tersebut akan menjadi satu kenyataan.

Berbekalkan satu-satunya gambar Muhammad Siddiq yang diambil ketika majlis perkahwinan anaknya sulungnya di Medan pada tahun 2003 lalu, keluarga ini cekal mencai di seluruh Sumatera.

Menurut ibu ini, walaupun ingatan makin pudar namun bencana tsunami tersebut masih segar tersimpan dalam memorinya.

“Sebaik sahaja saya melihat air sedang memusnahkan puluhan rumah tersebut, saya dukung Siddiq tapi banyak kali dia meminta untuk lepaskan dia supaya dia boleh berlari sendiri. Namun akhirnya air yang kuat memisahkan kami anak beranak,” katanya.

Selepas setahun peristiwa hitam itu, keluarga ini membina semula kediamannya di tempat yang sama dengan ‘dihiasi’ dua buah kapal.

Selain itu turut terkorban adalah anak perempuannya Titin Agutina pada kejadian terbut.

Terdahulu, gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Aceh pada tahun 2004 telah mengorbankan hampir 280,000.

 

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)