Ed Sheeran seorang penyanyi yang berasal dari Halifax, United Kingdom berjaya mengurangkan hampir 22 kg berat badannya setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat sejak kebelakangan ini.
Penyanyi ‘Shape Of You’ berkongsi tentang perjuangannya dalam misi menurunkan berat badannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Sheeran, beliau telah berhenti merokok kira-kira tiga tahun yang lalu dan memulakan kehidupan yang sihat setelah mengetahui keadaan paru-parunya.
Selain itu, Sheeran juga melakukan beberapa senaman seperti berjogging dan berbasikal untuk memastikan kesihatannya terjamin.
Sheeran juga turut menyatakan bahawa dia mengamalkan kehidupan yang sihat ini adalah untuk mengekalkan kecerdasan ketika berada di atas pentas.
Kini berat badan Sheeran telah berkurang kepada 76 kg setelah berjaya hilangkan 22 kg daripada berat asalnya.