Siakap Keli
Gambar: U.S. Asia Pacific Media Hub

(Gambar) Wanita Jepun Hasilkan Komik, Bawa Mesej Penderitaan & Penyiksaan Ditanggung Uighur

Seorang artis komik manga Jepun Tomomi Shimizu menggunakan kuasa lakarannya untuk menceritakan tentang kisah seorang wanita Uighur bagi meningkatkan kesedaran umum berkenaan penderitaan yang dialami oleh etnik Uighur di China.

Komik manga itu didakwa dihasilkan bagi menyedarkan orang ramai tentang penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh etnik Uighur di bawah pentadbiran kerajaan China pada masa ini.

Difahamkan, komik manga yang berjudul “What Has Happened To Me” itu telah diterjemahkan ke dalam 10 bahasa termasuklah bahasa Mandarin, Uighur, Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi.

Komik tersebut menceritakan tentang seorang wanita berketurunan Uighur bernama Mihrigul Tursun yang ditahan tiga kali oleh pihak berkuasa China setelah balik ke tanah airnya dari Mesir.

Tursun yang tinggal di Mesir di mana tempat dia melahirkan tiga anak kembarnya itu telah ditahan dan diseksa oleh pihak berkuasa China sebanyak tiga kali secara berasingan pada tahun 2015 dan 2017.

Tursun pernah memberi penerangan di Kongres Amerika Syarikat mengenai pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Xinjiang pada tahun lalu.

Menurutnya, dia telah ditahan dan disumbatkan di dalam satu sel tahanan yang penuh sesak dan diikat pada sebuah kerusi serta diseksa berulang kali. Tursun turut mendakwa bahawa bayi sulungnya telah meninggal dunia atas sebab-sebab yang tidak diketahui di hospital Urumqi semasa dia berada di dalam tahanan.

Suaminya tidak dapat dikesan. Dia percaya bahawa suaminya yang pulang dari Mesir ke China untuk menjejakinya telah dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun oleh pihak berkuasa China. Dia kini dilaporkan tinggal di Amerika Syarikat bersama anak-anaknya yang terselamat.

Menurut agensi berita Kyodo, lakaran artis Jepun itu berjaya menarik lebih 2.5 juta pembaca dan dikongsikan lebih dari 86,000 pengguna Twitter sejak ia dimuat naik pada Ogos.

Shimizu mula mengetahui tentang penindasan yang terjadi pada masyarakat minoriti Islam di China itu dari sekumpulan kecil komuniti Uighur yang berada di Jepun.

“Walaupun China merupakan negara yang berjiran dengan kami, namun masih banyak benda lagi yang tidak didedahkan pada dunia. Memberitahu tentang apa yang terjadi di sana (Xinjiang) adalah misi saya,” ujar Shimizu.

Berikut adalah Komik yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris:

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: The Guardian

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.