Siakap Keli

“Ini Contoh Pelanggan Tak Selalunya Betul”, Pemilik Restoran Kecewa ‘Pampers’ Atas Kerusi Kanak-Kanak

Adab menjadi salah satu nilai yang paling penting bukan sahaja dalam diri seseorang malahan menjadi lambang kemegahan sesebuah bangsa yang berjaya.

Sikap yang beradab perlu diterapkan di mana-mana sahaja kita berada termasuk di restoran.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang pelanggan di sebuah restoran yang membuang lampin pakai buang bayi  di atas kerusi kanak-kanak.

Selaku pemilik restoran, Noor Akmar meluahkan kekecewaan beliau di Facebook miliknya.

Macam-macam ragam kan? Air milo tabur tumpah takpe kita mop kan. Nasi goreng sepah-sepah atas lantai pun takpe kita sapu kan

Pampers? Berat pulak tu kalau ditimbang pampers nya. Ini contoh customer is not always right

Sikap tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak sensitif kerana kerusi itu disediakan untuk kemudahan pelanggan.

Rata-rata netizen juga sangat kesal dan kecewa dengan kejadian terbabit.

Sumber: Noor Akmar, Sinar Harian

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.