Menjelang hujung tahun, pasti ramai yang mula bergegas membayar zakat pendapatan.
Bagi memudahkan anda mengira berapa nilai yang anda perlu keluarkan, Pusat Pungutan Zakat baru-baru ini berkongsikan dua cara pengiraan zakat pendapatan.
Berikut merupakan contoh pengiraan jika pendapatan keseluruhan setahun anda adalah RM48,000.
Cara 1
Pendapatan kasar setahun x 2.5%
Jika pilih cara 1, zakat ialah sebanyak RM1200 setahun, sebulan hanya RM100 (RM1200/12 bulan)
Cara 2
Pendapatan yang layak dizakat x 2.5%
Jika pilih cara 2, zakat ialah sebanyak RM358 setahun. Sebulan hanya RM29.90.
Cara 2 adalah yang popular kerana boleh tolak belanja yang dibenarkan dahulu.
Nisab tahun 2019 = RM13,968
Bandingan (infak) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah : 261)
Untuk memudahkan pengiraan dan pembayaran, anda boleh lawati laman ini.
Baca syarat wajib zakat di sini.
Panduan Kira Zakat Pendapatan —————————————————Sahabat pilih cara 1 atau cara…
Posted by Pusat Pungutan Zakat on Thursday, 26 December 2019
Sumber: Pusat Pungutan Zakat