Siakap Keli

Kamera Penjara Thailand Digodam, Kondisi Banduan Tidur Berhimpit Di Muat Naik Dalam Youtube

Menyesakkan. Itu gambaran yang boleh dilihat apabila satu rakaman dipercayai banduan di penjara Lang Suan, Thailand, dilihat tidur secara berhimpit telah tersebar di Youtube.

Sistem kamera keselamatan di penjara tersebut dipercayai telah digodam dan pihak berkuasa masih lagi belum mengetahui bagaimana rakaman itu dibocorkan.

Menteri Keadilan Thailand, Somsak Thepsuthin berkata bahawa Jabatan Keadilan telah memaklumkannya mengenai kejadian itu. Beliau juga menyamakan kejadian ini yang berlaku di negara lain termasuk di Australia dan Rusia.

Beliau juga memberitahu jabatan penjara untuk membuat laporan polis dan menugaskan Jabatan Siasatan Khas untuk menyiasat bagaimana ia boleh berlaku dan siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

Pembocoran rakaman itu telah mencabuli hak-hak para banduan di dalam penjara itu.

Sumber di Kementerian Keadilan sistem CCTV di penjara-penjara Thailand telah dipasang oleh kontraktor sektor swasta  melalui proses pemerolehan.

Sistem tersebut berhubung dengan internet untuk memberi kebenaran kepada akses individu melihat rakaman pada waktu sebenar. Ketua penjara dan pegawai senior boleh melihat rakaman CCTV secara ‘live’ di telefon pintar mereka.

Video yang dinamakan ‘Thai Bangkok prison Security Came live’ itu telah dimuatnaik di Youtube pada Selasa lalu. Ia boleh memberi kesan kepada reputasi penjara-penjara Thailand dengan rakaman yang menunjukkan keadaan penuh sesak.

Sumber: Bangkok Post

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.