Siakap Keli
Kredit: Google

Pemandu Treler Cedera Parah Ditembak Sekumpulan Lelaki

PATTANI, 26 Dis (Bernama) — Seorang pemandu treler yang dalam perjalanan menghantar motosikal ke Narathiwat cedera parah selepas ditembak sekumpulan lelaki di Daerah Saiburi, Pattani, selatan Thailand hari ini.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 7.40 pagi (waktu tempatan), pemandu treler yang berusia 48 tahun bersama empat lagi pemandu treler dalam perjalanan menghantar motosikal dari Hatyai ke Narathiwat.

“Apabila tiba di Jalan Pattani-Narathiwat, sekumpulan lelaki yang terdiri daripada empat hingga lima orang berpakaian hitam dengan senjata api telah melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Mangsa memberitahu kumpulan lelaki itu melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arahnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata mangsa yang terkena tembakan di bahagian lengan kanannya meneruskan perjalanan sehingga ke pos kawalan keselamatan yang terletak kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian.

Mangsa digegaskan ke Hospital Bacho untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Narathiwat.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.