Siakap Keli
Kredit Foto: crhyo

Percutian Bertukar Tragedi, Model IG Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

Percutian sempena hari lahirnya seorang model instagram yang sepatutnya menjadi kenangan manis dalam hidupnya bertukar menjadi tragedi hitam buat seluruh keluarganya apabila dia ditemui meninggal dunia dipercayai mati dibunuh ketika dalam percutian tersebut.

Carla Stefaniak, 36, dari Miami, Florida dilaporkan hilang ketika bercuti di Costa Rica bersama kakak iparnya April Burton.

April Burton telah menaiki pesawat pada 27 November untuk pulang daripada percutian tersebut manakala penerbangan Carla pula ditempah pada 28 November.

Namun begitu, syarikat penerbangan menyatakan bahawa Carla tidak tiba untuk menaiki pesawat pada tarikh berkenaan.

Kehilangan Carla terungkai apabila mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel tertanam di sekitar kawasan tempat penginapannya.

Kredit Foto: qcostarica

Berdasarkan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat tersebut mendapati bahawa Carla mengalami luka pada bahagian kepala, lengan dan leher dipercayai dihempuk dengan objek tumpul.

Carla dibunuh antara 27 dan 28 November 2018, di harta Villa Buena Vista di San Antonio de Escazu.

Pihak polis telah menahan seorang pengawal keselamatan, Bismarck Espinosa Martinez kerana memberikan maklumat yang bertentangan mengenai keberadaan terakhir Carla.

Bismark kini telah didakwa atas pembunuhan tersebut oleh Fiscalia de Pavas (Pejabat Pendakwa) dengan “homicidio simple” atau pembunuhan kedua darjah.

Sekiranya bersalah, Bismark akan berhadapan hukuman penjara selama 12 hingga 18 tahun, mengikut Kanun Jenayah.

Pihak berkuasa mengklasifikasikan pembunuhan tersebut bersifat seksual.

Sumber: thecut, boston

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.