Siakap Keli

(Video) 15 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Lahad Datu : Lima belas rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Panji dekat sini, petang ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memberitahu bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.06 petang, menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dengan bantuan BBP Kunak ke lokasi kejadian.

“Operasi diketuai Abu Bakar Taraji dengan bantuan 14 anggota bomba, bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan dua jentera FRT dan sebuah kenderaan tangki air.

”Setiba di lokasi pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran air dengan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran,”  menurut kenyataan itu.

Menurutnya Pasukan Bomba Sukarela Silam turut membantu memadam kebakaran, dan kebakaran terkawal pada pukul 4.14 petang, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.