Siakap Keli

(Video) Cemas Nak Lawat Isteri Tenat Di Hospital, Pakcik Diserang ‘Panick Attack’ Gigih Bawa Kereta Walau Dah Terbabas

Seorang lelaki warga emas yang didakwa dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Taiping untuk menziarahi isterinya di hospital telah terbabit dalam kemalangan.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di sebuah jalan di Perak pada 17/12/2019 jam 6 petang, Ketika kejadian, lelaki tersebut dipercayai sedang mengejar masa untuk melawat isterinya yang sedang sakit di hospital.

Namun, malang tidak berbau apabila kereta yang dipandunya itu telah terbabas dan masuk ke longkang. Seorang pengguna jalan raya yang dipercayai melalui jalan tersebut telah bertindak untuk memeriksa keadaan lelaki tersebut untuk menghulurkan bantuan.

 

Namun apa yang didapatinya setelah melihat keadaan lelaki itu adalah sangat memilukan. Lelaki tersebut didakwa mengalami Panic Attack. Akibat daripada itu, perbuatannya selepas kemalangan itu terjadi menampakkan seolah-olah bahawa dia sedang nyanyuk.

Lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sedang memandu keretanya itu walhal keretanya itu telah terbabas dan tidak boleh dipandu. Pengguna jalan raya yang menghampiri lelaki tersebut bertindak menerangkan kepada lelaki tersebut, namun dia tetap berkeras kerana didakwa sedang mengalami Panic Attack.

Beberapa hari berikutnya, isteri kepada lelaki tersebut yang dipercayai berada di dalam hospital telah didakwa kembali ke rahmatullah.

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: Abe Mie Stories

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.