Siakap Keli
Kredit Foto: cantikseri

Betul Ke Darah Haid Itu Kotor? Ini Jawapan Dari Doktor

Haid atau datang bulan merupakan situasi yang dialami oleh golongan perempuan pada setiap bulan bagi golongan yang mempunyai haid yang teratur. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah.

Ramai yang beranggapan bahawa darah haid adalah darah kotor. Namun sejauh mana kebenaran mengenai perkara tersebut?

Ikuti perkongsian Muhammad Izzat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Menurut perkongsiannya, sungguhpun darah adalah najis, perbuatan mengorek sampai ke rahim bertujuan untuk membersihkan rahim dari darah period ataupun menggunakan pelbagai produk yg kononnya ‘membersihkan’ rahim adalah TIDAK BERASAS.

”Apa yang mungkin boleh diperhatikan, adalah perubahan warna dan kepekatan darah period tu akan berubah sepanjang kitaran haid itu sendiri, disebabkan perubahan hormon yang berubah ubah ketika kitaran haid.

”Rahim bukan tempat yang kotor sebab ada darah period. Maka TAK PERLU susah payah bersihkan ruang rahim tu dengan pelbagai kaedah atau produk atau air rebusan yang BUKAN-BUKAN.

”Saya yang selalu teropong dalam rahim ( hysteroscopy ) tak pernah pun nampak sampah sarap yang perlu dibersihkan.”

Sumber: Muhammad Izzat,

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.