Siakap Keli

Dipercayai Tanda Lahir, Gorilla Ini Curi Tumpuan Lahir Dengan ‘Jari’ Manusia

Satu foto memaparkan tangan seekor gorila yang didakwa mengalami pigmentasi merah jambu pada tangannya menjadi tular di media sosial.

Foto tersebut telah dimuat naik oleh akaun Facebook Zoo Atlanta pada Ogos lalu. Foto tangan yang diambil itu adalah milik seekor gorila bernama Anaka yang baru berusia 6 tahun.

Foto tersebut dilihat agak unik kerana hasil pigmentasi yang didakwa berlaku ke atas tangan gorila tersebut memperlihatkan seakan-akan tangan seorang manusia.

Difahamkan, gorila tersebut mengalami sindrom vitiligo dimana keadaan kulitnya membentuk tompok putih kerana pigmentasi yang terhasil dari kulitnya.

Menurut laman web Bored Panda, pegawai Zoo Atlanta walau bagaimanapun tidak mengesahkan keadaan yang dialami Anaka itu.

“Pigmen kulitnya itu dah lama macam tu dan ianya tak pernah berubah, jadi kami berpendapat bahawa ianya adalah tanda lahir,” kata wakil daripada zoo tersebut.

Anaka turns a big 6 today! You can always pick her out of Taz’s family group because of the unique pink pigmentation on her fingers. #OnlyZooATL

Posted by Zoo Atlanta on Friday, 30 August 2019

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: TRIB LIVE

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.