Siakap Keli

“Mak Dengar Macam Bayi Nangis,” Niat Nak Bercuti Jadi Pengalaman Seram, ‘Diganggu’ Dalam Banglo Murah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Percutian indah yang diidamkan bersama keluarga bertukar menjadi pengalaman seram yang tak dapat dilupakan apabila banglo yang disewa terdapat cerita di sebaliknya.

Hasrat bersama keluarga untuk menginap selama beberapa malam tergendala apabila mereka diganggu ketika sedang menginap di rumah sewa itu.

Seorang pengguna Twitter telah memuat baik sat perkongsian tentang pengalaman seram yang dialami  dia dan keluarganya ketika bercuti di Terengganu.

Cari rumah sewa dekat Terengganu

Family aku decide nak bercuti dekat terengganu la kisahnya. Kemudian cuba la cari dekat google rumah sewa yang berpatutan harga dan bilangan bilik. Pastu, kami pon jumpa la satu blog sewaan rumah di Terengganu. Abah pon ambil nombor pemilik pastu whatsapp la.

Rumah tu disewa berharga Rm150 semalam. Jadi kami bayar la untuk 2 malam. Kami bercuti situ hanya 3 hari 2 malam. Pastu, abah bawak la pergi ke rumah yang pemilik hantar lokasi dekat whatsapp. Jalan ke rumah sewa tu agak kecil dan nak sampai kerumah tu pon dalam jugak.

Pastu, sampainya kat rumah tu. Memang rasa seronok la jugak dengan rumah besar. Aku rasa rumah tu mcm banglo la jugak ha, 2 tingkat rumah tu. Kemudian, dah sampai tu aku, abang, kakak, dengan abah masuk la rumah tu nak tengok macam mana kat dalam kan.

“Mak kau tak masuk ka”

Jadi yah, sampai ja rumah sewa mak aku tak masuk. Mak aku duduk kat luar lama la jugak. Dia cakap dia tak sedap hati, macam ada yang tak kena macam tu. Abang cakap,

“Takda apa lah, okay ja. Sejuk pon sejuk sini”

Kemudian, aku tengok mak aku pusing satu rumah tu sambil baca ayat kursi. Time tu aku blur gila. Dah kenapa pusing-pusing satu rumah. Pastu mak masuk rumah. Rumah tu tangga dia bukan tangga yang jenis lurus, tapi tangga rumah tu macam kena pusing tu, ala macam dalam tv yang artis berlakon tu.

Macam ada orang main main sentuh pergelangan kaki dia

Time tu, kakak nak mandi. Kakak nak turun la pergi mandi. Masa dia nk turun tangga tu, dia rasa macam ada orang main main sentuh pergelangan kaki dia. Tapi masatu kakak buat taktau jelah, dia ingat dia tersangkut dengan apa apa ka.

Habis ja dia mandi then pergi salin baju dia turun la nak join aku tengok  tv. Selalunya kan kalau rumah sewa depa akan letak buku atau majalah apa apa jelah kan untuk jadi bahan bacaan. Aku nak ambil buku tu kat meja depan kakak la.

Ha masatu aku tengok buku lali kakak macam biru lebam lebam macam tu. Aku pon tegur la kot kakak jatuh mana mana ka. Dia pon terkejut tengok kaki dia, yala masa bila dy jatuh kan. Elok mandi apa semua. Then kakak tunjuk la kat abang.

Abang kata “Ala kak hang manja ngat tu, ada la tu jatuh mana mana bukan nak habaq kat hg kot. Takda apa aih, sapa berani buat adik-adik aku. Aku tonjoi guna siku “Abang aku memang suka cakap besar. Suka buat dia paling hero.

Masatu nak masuk maghrib, mak ngan abah puasa sunat isnin. So, tengah bersiap la hangatkan balik gulai yang beli masa dalam perjalanan nak pergi rumah sewa ni untuk berbuka. Dapur masak tu, berdepan dengan tingkap and sebelah tu pintu belakang. Pintu tu mcm pintu besi.

Ada “benda” main cakar cakar dekat pintu besi tu

Masa mak tengah hangatkan gulai, ada “benda” main cakar cakar dekat pintu besi tu. Mak buat taktahu lagi time tu. Pastu, mak nak masak air. Tiba tiba mak ada dengar org ketuk tingkat. Mak masih buat taktau jugak.

Kemudian, masa mak tengah buat air, mak nampak ada sesuatu tengah intai dari tingkap tu. Yala tingkap tu tingkat kaca yang sliding tu. So kita bole nampak benda kat luar mcm tu. Lepas mak rasa tak sedap hati tu, mak baca ayat kursi dengan 3 qul.

Mak panggil abang, “Ahmad, tengok kejap belakang ni ada apa apa tak. Risau ada binatang apa apa ka bahaya kalau masuk nanti “.

Abang dengan muka cuak dia jawab “Eh alaa, suruh abah la mak, abang nk buat keja kejap” dan dan ada ja sebab dia. Tadi bukan main cakap besar.

Pastu, yang pergi bukak pintu tu abah lah. Abah tengok takda apa pon. Pastu abah tutup pintu balik. Then, mak macam tak sedap hati. Aku dengar mak ada minta izin macam ni,

“Assalamualaikum, kami nak tumpang tidur disini sekejap, kalau betul kau wujud dalam rumah ni, kau bagi je tanda-tanda”

Tiba-tiba, mak ada dengar mcm bayi nangis. Masatu macam samar samar sikit bunyi nya. Then mak pon macam buat endah tak endah la lagi. Then, satu masa tu, dah habis berbuka, mak nak masuk bilik nak solat maghrib.

Dalam rumah tu, ada 3 bilik. Kesemua bilik tu kecik-kecik je. Bilik mak besar la sikit dari kami. Dalam bilik tu just ada katil dengan almari. Almari jenis kayu yang berat tu. Masa mak nak bentang sejadah, mula tu ada pasu hiasan yang ada bunga kecil jatuh dekat atas sejadah tu.

Pastu mak angkat la balik, mak ingat kipas tolak ka apa. Sebab bilik tu memang ada kipas stand yang kuat jugak la angin dia. Jadi, kisahnya masa mak tengah solat, masa mak duduk antara dua sujud, tiba-tiba almari kayu yang berat gila tu pintu dia terbukak tutup terbukak tutup.
Pastu mak nak sujud, kau bayangkan almari kayu yang berat tu bole jatuh kedepan seakan ada orang tolak weh. Nasib baik time tu mak aku solat jauh sikit dari almari tu. Lillahi, benda ni betul-betul jadi. Almari yg berat tu bole jatuh. ‘dia’ betul2 bagi tanda.

“Mak, jum cari rumah lain”

Jadi, habis mak solat. Mak panggil abang ngan abah tolong angkat almari tu. Abg cakap “Mak, jum cari rumah lain”. Mak balas la “Eh, ni baru sikit. Abang bukan berani ke”. Pastu abang cepat-cepat angkat almari tu dengan abah, pastu terus dia masuk bilik kemas barang duduk depan.
Mak pon bagitahu, suruh kemas-kemas cari rumah lain. Aku pon pergi la masuk dalam bilik nak kemas barang. Aku lipat baju dan masukkan balik dalam beg. Then kakak ketuk pintu, kakak tanya “nak keluar ka”. Aku pon jawab ah ” ha ah kak, mak suruh kemas nak cari rumah lain”.
Pastu, kakak keluar balik. Then habis aku kemas kan aku nak keluar pergi duduk depan. Kakak datang lagi “Weh adik, mak suruh kemas nk cari rumah baru” pastu aku jawab lah ” yelah, tadi kan kak masuk pastu adik bagitau jugak kan”.

Aku jadi gigil weh

Then, kakak aku cakap “masa bila aku tanya kau, aku baru ja nak masuk kemas bilik ni haa” pastu aku cakap ah “eh tadi kau kan yang tanya, “nak keluar dh ke”” pastu aku tercengang aku pikir balik. Aku jadi gigil weh, aku siap-siap kakak pon kejan cepat kami semua tunggu kat ruang tamu.
Pastu kami semua dah siap, kami masuk dalam kereta tu. Abah call owner, kata ada kecemasan nak kena balik. Duit tu halal la kat dia. Then masa nak gerak tu, aku tengok lampu sebelah bilik aku. Tadi kami lari kan tak tutup lampu kan. Tapi bila kereta dah gerak, lampu bilik terus tutup.
Saya tak tahu sapa yg tutup lampu bilik sampai sekarang terngiang ngiang soalan tu weh. ” Dah nak keluar ke” . Ya Allah, aku bole jadi gila weh.
Lepastu kami dapat rumah sewa baru. Rumah yang kami bermalam yang baru ni, okey je. Selamat dari segala benda.
Sumber : Twitter 

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)