Siakap Keli

Marvel Bakal Buka Kampus Avengers Untuk Peminat Tahun 2020 Nanti

Peminat dan penggemar filem Avengers mesti tidak sabar untuk mengunjungi tempat yang penuh dengan segala barangan serta aktiviti yang melibatkan superhero kesayangan mereja

Bermula musim panas 2020, anda berpeluang untuk mengunjungi Akademi Avengers yang bakal dibuka di Disney California Adventure Park.

Pelbagai konsep yang disediakan di Kampus Avengers ini. Walaupun namanya kampus, namun ia lebih kepada taman tema yang memberi peluang untuk pengunjung merasi pengalaman menjadi adiwira secara olok-olok.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga permainan seperti taman tema yang lain. Agak berbeza sedikit dengan tempat lain kerana disini semuanya dihiasi dengan hiasan Avengers.

Paling utama di dalam taman tema tu adalah rumah yang diberi nama ‘Worldwide Engineering Brigade’ (WEB). Bermula dengan rumah ini pengunjung dapat merasai inovasi terbaru mereka iaitu kenderaan ‘Web Slinger’.

Selain itu, anda turut dapat mengecilkan atau membesarkan makanan. Hal ini kerana meraka menyediakan ‘Pym Test Kitchen’ yang sama seperti dalam filem Ant-Man and The Wasp.

Walaubagaimanapun, tarikh hebahan sebenar pembukaan taman tema itu belum diumumkan lagi.

Sumber : Disneyparks

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)