Siakap Keli
Foto: Youtube Sofian96

(Video) Buat Video #ZachKingChallenge, Sofian Hampir Menangis Dipuji Idola Sendiri

Jika korang merupakan seorang pengguna tegar Instagram, mungkin pernah mendengar tentang akaun bernama “sofyank96“. Akaun yang dimiliki oleh Mohamad Sofian ini mula terkenal selepas beliau mengirimkan video hasil suntingannya yang nampak betul-betul “real“.

Kali ini, video terbarunya untuk ‘Zach King Challenge’ bertemakan Hari Krismas sekali lagi mencuri hati bintang Youtube terkenal, Zach King.

Hampir menangis dengan pujian Zach King…

https://www.youtube.com/watch?time_continue=495&v=WEYlrKYx1L4&feature=emb_logo

Menerusi video ini, Sofian berkesempatan meluahkan dan menjelaskan tentang ketidakpuasan orang ramai terhadap videonya itu.

Walaupun video yang dihasilkan ‘last minute’, dia tidak menyangka bahawa respon Zach terhadap videonya ini membuatkan dia berasa terharu.

Kali ini sangat bermakna untuk saya sebagai penutup tahun 2019

Alhamdulillah video magic kali ini dapat masuk dalam video @zachking lagi sekali.. Dan reaction untuk kali ini sangat bermakna untuk saya sebagai penutup tahun 2019 .. terima kasih yang sentiasa menyokong video kitorang. Full video saya ada explain serba sedikit cerita di sebalik video magic kali ini, boleh klik link di bio saya.

Ini komen Zach King untuk video Sofian;

“Saya suka semua video Sofian. Ia terus membuatkan saya tersenyum. Video yang mempunyai rasa  fun. Ini yang seronok untuk ditonton…

https://www.youtube.com/watch?time_continue=331&v=u90f1hncPPc&feature=emb_logo

https://www.instagram.com/p/B6hzmexluJE/?utm_source=ig_embed

 

Sumber: Sofian96

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)