(Video) Kecoh, UFO Didakwa Tiba-Tiba Muncul Di Langit, Dari Satu Berpecah Banyak Cahaya

Orang ramai dilihat keliru selepas objek yang tidak dapat dikenal pasti muncul di permukaan langit Argentina.

Dalam video yang berjaya dirakam itu, sekumpulan pejalan kaki dilihat menghentikan langkah mereka buat seketika dan terus berpaling ke arah langit untuk melihat objek berkenaan.

Objek tersebut dilihat bergerak secara mendatar sebelum berpecah kepada dua. Walaupun objek itu pada mulanya kelihatan hanya ada dua sahaja, namun beberapa objek yang sama telah muncul di akhir-akhir rakaman tersebut.

Kedua-dua objek itu kemudiannya bergerak pada kelajuan yang sama dan pada hujung objek tersebut, ianya dilihat seakan-akan seperti batu meteor yang sedang melintasi atmosfera bumi.

Video yang berdurasi selama 26 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama Uriel De Simoni pada 23 Disember lalu.

Ada netizen yang mendakwa bahawa objek tersebut adalah UFO, makhluk asing dan ada juga yang menyatakan bahawa objek tersebut adalah Santa Claus.

Video tersebut kini telah mendapat tontonan sebanyak lebih dari 20 juta pengguna Twitter. Ianya sekali gus telah mencetuskan persoalan buat pengguna Twitter yang telah menonton video tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat disahihkan dakwaan dalam video berkenaan.

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Dari Wiser.my