Siakap Keli

(Video) Tular Video ‘Rare’ Sangat, Pengantin Bersanding Atas Rakit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap pasangan mengimpikan sebuah perkahwinan yang sempurna. Bukan itu sahaja, majlis perkahwinan yang luar biasa dapat memberi ingatan kepada tetamu dan diri sendiri.

Namun begitu, kekangan bejet untuk melangsungkan majls yang gah sangatlah tidak seronok. Tetapi pelbagai cara yang kreatif untuk menghasilkan majlis yang unik dan mudah.

Salah satunya iaalah perkahwinan di atas air yang merupakan salah satu trend popular sejak akhir-akhir ini.

Satu video tular di media sosial menujukkan sepasangan pengantin duduk bersanding di atas rakit di sebuah sungai di Perak.

Difahamkan melalui video tersebut, pengantin ini diiringi oleh sekumpulan pemain kompang yang mengekori mereka menggunakan bot. Beberapa bot yang lain turut membawa ahli keluarga bagi memeriahkan lagi persandingan tersebut.

Rakit yang membawa pengantin tersebut dihiasi dengan gerbang bunga dan pengapit.

Walaubagaimanapun, mereka memakai jaket keselamatan. Video ini mula tersebar dan mencuit hati ramai penonton.

Sumber: Raeddeen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)