Badak Sumbu hitam tertua di dunia telah mati pada usia 57 tahun di kawasan perlindungan Tanzania.
Menurut Pihak Berkuasa Kawasan Konservasi Ngorongoro, badak sumbu betina yang diberi nama Fausta dipercayai mati atas faktor usianya yang sudah tua pada 27 Disember.
Rekod menunjukkan bahawa Fausta hidup lebih lama daripada badak yang lain iaitu lebih daripada 54 tahun.
Namun begitu, dia telah dipindahkan ke tempat perlindungan pada 2016 selepas mendapat ancaman daripada hyena.
Pakar telah mempertimbangkan untuk melepaskan mamalia itu ke habitatnya namun bimbang berisiko terkena penyakit.
Fausta dikatakan berada di bawah kawalan Ngorongoro pada tahun 1965 oleh seorang saintis dari Uniersity of Dar Es Salaam, pada usia antara tiga atau empat tahun.
Kesihatannya mula merosot pada tahun 2016 akibat daripada ancaman yang diterima. Terdapat kesan luka dan cedera pada dirinya hingga memaksa Fausta diletakkan dibawah jagaan.
Sumber: Daily Mail