Siakap Keli

“Bercerai Sebab Tak Suka Filem Frozen,” Ini 5 Sebab Bercerai Yang Langsung Tak Masuk Akal

Pelbagai alasan yang diberi apabilasesuatu penceraian itu berlaku, sehingga kadang-kadang seperti kita rasa alasan itu tidak masuk akal langsung.

Namun begitu, 5 sebab yang dinyatakan dibawah ini yang paling tak masuk akal dan munasabah.

1. Diceraikan kerana seekor unta

Seorang lelaki Arab tidak dapat menerima gurauan isterinya berkenaan unta milik isterinya tersebut yang bernama Al Waleer.

Mereka pergi melawat unta tersebut, dan selepas melawat unta berkenaan isterinya berkata bahawa dia lebih menyayangi unta tersebut berbanding suaminya.

Oleh kerana tidak dapat menerima gurauan yang dilakukan dihadapan adik beradiknya, lelaki tersebut telah menceraikan isterinya kerana menyamakan dia dengan seekor binatang.

2. Satu lagi kes melibatkan unta

Seorang isteri di Arab Saudi telah mencium seekor unta mulut ke mulut. Akibat dari tindakannya itu, ibu mertuanya menyuruh suaminya itu mencerainkan dia kerana melakukan hal yang memalukan keluarga.

Menurut ibu mertuanya, apa yang dilakukannya itu melampaui batas dan di luar tabiat orang muslim.

Si isteri mengatakan ciuman kepada unta itu hanyalah perkara biasa. Dia turut menyalahkan ibu mertuanya dengan mengatakan dia sengaja ingin mereka bercerai. Pasanagn itu sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan anak.

3. Bercerai kerana suaminya tidak suka filem Frozen.

Seorang suami di Jepun mempunyai seorang isteri yang obses dengan filem animasi terbitan Disney iaitu Frozen.

Namun si suami kurang menggemari filem tersebut menjadi obsesi isterinya. Apabila ditanya pendapat suaminya tentang filem itu, menurutnya filem itu biasa-biasa sahaja.

Oleh kerana tidak dapat menerima pendapat suaminya, wanita tersebut menuduh suaminya tidak mempunyai sifat perikemanusiaan dan memohon penceraian kerana sudah tidak sehaluan.

Isterinya itu berpindah keluar rumah selepas petengkaran mereka.

4. Terlupa menukar status Facebook

Status Facebook adalah sangat penting bagi seorang isteri yang tinggal di Aurangabad, India.

Perkara itu terbukti penting apabila dia sangggup menuntut penceraian oleh kerana suaminya yang tidak menukar status Facebok memandang mereka sudah berkahwin.

Berkahwin atas aturan keluarga, pasangan yang baru berkahwin dua bulan itu diminta untuk menjalani sesi kaunseling oleh pihak mahkamah selepas isterinya itu membuat tuntutan cerai.

Wanita itu tetap tidak mempercayai suaminya dan menuduh suaminya itu sengaja tidak mahu orang lain tahu akan perkahwinan mereka.

5. Bercerai kerana bawa ibu bersama ketika bulan madu.

Seorang wanita Itali yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan terkejut besar selepas mendapati ibu mertuanya sedang menunggu ketibaan mereka berdua di sana.

Suaminya itu memaklumkan bahawa ibunya akan mengikut mereka ke Paris akibat kesihatan ibunya yang semakin menurun.

Isterinya itu cuba membantah tapi akhirnya mereka bertiga tetap terbang ke Paris untuk berbulan madu.

Wanita tersebut bertindak keluar rumah dan pulang ke rumah ibu bapanya selepas ibu mertuanya menghabiskan cuti musim sejuk bersama mereka. Dia kemudiannya memfailkan permohonan cerai.

Dia mengakui bahawa dia faham hubungan rapat mereka sebagai ibu dan anak tapi dia tidak dapat menerima apabila suaminya itu gagal membezakan hidup sebagai suami orang dan anak manja mak.

Sumber : Iluminasi

Nurul Alia Ali