Siakap Keli

Bangunan Asrama Musnah, Maahad Tahfiz Terbakar Perlukan Dana RM 83 Ribu Untuk Baikpulih

Sebanyak RM83,000 dana diperlukan untuk membaik pulih bangunan asrama pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal Hadis Imam Al Jahzari Tongkang Yard yang musnah dalam kebakaran pada Selasa lalu.

Menurut mudir Maahad Tahfiz tersebut, Mihammad Naim Ab Razak, kebakaran yang dilaporkan berlaku pada jam 9 malam, 24 Disember lepas, seramai 18 orang dan seorang guru masih berada di pusat tahfiz berkenaan.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kerana kesemua pelajar dan guru berkenaan sempat menyelamatkan diri.

“Syukur kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa namun segala kelengkapan asrama termasuklah barangan peribadi pelajar, kipas, lampu, katil, perabot musnah dijilat api.

“Begitu juga struktur binaan bangunan, siling dan bumbung turut musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari kegagalan kipas dinding berfungsi,” ujarnya.

Disebabkan kebakaran itu, kesemua pelajar berusia antara 8 tahun hingga 16 tahun yang terdiri daripada anak yatim, yatim piatu dan asnaf telah kehilangan tempat untuk berteduh.

“Jadi, mereka kini ditempatkan di penempatan sementara di Kampung Sematang Tebengau di sini,” katanya.

Beliau menambah, walaupun berdepan dugaan yang sedemikian, para pelajar di pusat tahfiz yang beroperasi sejak Februari 2017 berkenaan tetap tabah meneruskan sesi pengajian al-Quran seperti biasa.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pusat tahfiz ini boleh disalurkan ke akau Bank Islam Malaysia (0201 1010 1331 92) atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Hadis Imam Al-Jazari.

Sumber: Sinar Harian

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.