Siakap Keli

Isteri Pergi Majlis Bacaan Yasin, Suami Tergamak Rogol Anak

Selama 21 bulan, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun terpaksa menanggung perbuatan kejam bapa tirinya apabila dia dijadikan tempat melampias nafsu.

Mangsa yang kini berusia 12 tahun, kini telah pun hamil tujuh bulan akibat perbuatan terkutuk lelaki itu.

Ketika mangsa yang dikenali sebagai ‘A’, berusia 12 tahun, suspek yang yang dikenali sebagai ‘SP’, 43, telah memperdayakan mangsa dengan memberikan telefon bimbit dan wang.

Sejak April 2018, mangsa sering diancam ayah tirinya jika mengadu mengenai pemerkosaan itu sehinggalah dia disahkan hamil sekaligus membongkar perbuatan terkutuk itu.

Di depan Ketua Polis Tulungagung (Indonesia), Eva Guna Pandia, suspek mengaku kesalahannya yang mengikut nafus sehingga tergamak merogol anak tirinya.

“Saya salah. Saya terlalu mengikut nafsu,” katanya.

Malah, lebih menjijikkan, suspek juga mengakui merogol mangsa hampir setiap minggu.

Menurut suspek, dia selalu melakukan perbuatan itu di malam Jumaat ketika isterinya pergi menghadiri majlis bacaan yassin.

“Ibunya pergi majlis bacaan yasin, saya ajak dia untuk ‘bersama’,” katanya.

Difahamkan, kes itu terbongkar selepas seorang anggota polis tempatan curiga melihat keadaan mangsa seperti wanita hamil, sedangkan dia baru berusia 13 tahun.

Kemudiannya, polis bekerjasam dengan penduduk setempat yang mula menyedari bahawa mangsa sudah jarang keluar dari rumah.

Gadis malang itu akhirnya mengaku yang dia sedang mengandung anak hasil perbuatan dari bapa tirinya.

Polis telah menahan suspek dan akan didakwa di mahkamah dan bakal berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun penjara dan maksimum 15 tahun penjara.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra